MAFREL - PRK N45 GALAS
PILIHAN RAYA KECIL GALAS
Monday, October 25, 2010
Thursday, October 21, 2010
Dr Zulkefli calon PAS di Galas
Abdul Rahim Sabri
Okt 21, 10
11:49am
Dikemaskini 11.55pm Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.
Pemilihan beliau telah diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat malam ini.
Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.
Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.
Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.
Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.
Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.
Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.
Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham
http://www.malaysiakini.com/news/145968

Tuesday, October 19, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)